KaRangaN TORRbaek budak Dajah 4!  

digarap oleh anzec












Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takatsuhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batudan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itusaya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahansejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapisaya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulahsaya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometerkerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer naksampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dariarah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Diamenjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar loritersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emaksaya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pulaterpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali gandakelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Loriitu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuahferi. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemanduferi itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfirepemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..loriitu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emaksaya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feriyang telah bertukar menjadi Ultraman itu..




Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu ferisemula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lorisangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Diamenghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Diamenyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengankipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balikke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan begtangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orangputih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis punsampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeriitu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yangtelah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu diamenjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dansemuanya mati.




Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebihramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itukepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiranyang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak sayaterus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai dirumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernahsaya lihat sebelum saya mati.

This entry was posted on Friday, July 24, 2009 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

hahahaha
saket perot aku gelak..
ape nk jd bdk2 skrg nih.
extreme btul imaginasi.haha ;D